FAIRYTALE | 3 |

Earpod yang terpasang pada telinga aku ketuk dua kali. Bulan penuh yang bersinar pada dada langit ditemani oleh bintang-bintang aku pandang kosong. 

"We should talk."

Bibir yang dioles lipstick hitam langsung mengoyak senyum apabila suara itu menyapa pendengaran. "About what?" Mata aku mencerun ke arah bawah. 

Dari atas bumbung bangunan ini dapat aku lihat pemandangan bandar raya Emethyst yang penuh dengan teknologi moden. Setiap saat pasti akan kelihatan kereta mahal bergerak di atas jalan raya. 

Tapi pada pandangan aku masih ada Attic yang separuh dari tanahnya basah dengan darah dan dipenuhi dengan mayat yang bergelimpangan. Bibir aku ketap. Bayangan Attic roboh di hadapan mata aku masih segar di dalam memori.

"You make a fuss in my hotel today, Aurora."

Kejadian siang tadi di mana aku memecahkan dua buah pasu bunga antik di lobby hotelnya dengan alasan tidak dapat berjumpa dengan dia tertayang sekilas pada minda. "Bukan ke kau sendiri yang rela mati di tangan aku, Ezekiel?"

"Does my work have something to do with that?"

"Hey, are you okay?" Aku tertawa kecil. "Oh sorry, I forgot that you're not the one who was suffering back then."

Senyap namun ada bunyi yang membingit pada telinga aku. Ya,suara kekalahannya. Ketawa aku kali ini bertambah kuat. "Kau ingat aku je ke yang terseksa masa tu, Ezekiel?"

"I told you to come with me."

"That's the worst part, Ezekiel. You gross me out. The crown prince who has the power to conquer the whole Attic runaway for his lover that dying from a mysterious sickness. Let me guess, dia ada suruh kau pulang ke Attic, am I right?"

Tiada jawapan yang aku terima. Hanya bunyi nafasnya kedengaran. Mungkin dia sedang marah. Mungkin cermin ketenangan yang selalu memantulkan kepalsuannya itu sudah pecah dan kini, yang ada cuma egoistiknya yang parah. 

"I admit it, aku cakap aku rela dibunuh oleh kau tapi jangan libatkan orang lain."

"That's karma, you know. Biar aku ceritakan dekat kau macam mana keadaan Attic masa tu,okay? Let me be your storyteller," ujar aku dengan mata tertancap pada satu figura lelaki di dalam bangunan yang berada di seberang sana.

Dia sedang berdiri menghadap tingkap sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket. Ezekiel. Matanya fokus memerhatikan kesibukan bandar raya. Sniper yang terletak di atas lantai konkrit bumbung aku lirik kemudiannya. Wait and see, shall we?

Kisah benar yang patut diceritakan pada kronologi kemerdekaan Attic aku mulakan. "Aku berusaha untuk tak mati demi Attic. Bukan aku je. Semua orang. We got injured alot tapi kami tetap paksa diri untuk bangun semula."

Aku tersenyum perit mengingati segala perjuangan insan yang betul-betul setia mendapatkan Attic untuk kembali ke dalam genggaman mereka semula. 

"And there you are, panicking about Lady Vinnea. You're the real villain, Ezekiel. I lose my hope when I saw you getting further but seeing how our people were dying, I put my hopes higher."

"You can't judge me like this. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Aku buntu bila dengar Vinnea tenat. Masa tu aku cuma fikir untuk jenguk dia. Thinking about her dying without me was terrifying enough."

Aku menghela nafas. "It's alright, your highness. You're the crown prince and I am just a slave who got the noble title thanks to you. But now, not anymore." Perlahan-lahan tangan aku mencapai sniper yang terletak di atas lantai. 

"We're both a bleeding history, a broken fairytale and an unspoken reality." Aku mula menyasarkan sniper ke arah dadanya. Jiwa aku terasa ringan memikirkan dia bakal hidup terseksa angkara perbuatan aku. 

"Diorang sangka kita cuma watak rekaan. Kisah dongeng yang orang wujudkan. Diorang cuma percaya pasal kejatuhan kerajaan Attic disebabkan orang dalam."

"Why are you telling me something that I am aware of?" Dia bernada hairan. 

"Tapi sebenarnya," ayat aku sengaja dibiarkan tergantung. Sebelah mata aku terpejam untuk memastikan sasaran aku tepat. Nafas aku tarik panjang. "Sejarah yang selalu diceritakan oleh ahli politik itu lah yang diubah."

"Weren't the historians that at fault because they spread wrong informations?"

"I know. Buku yang Aizeth tulis, mereka ambil yang indah-indah sahaja dari dalamnya. They don't want to believe that a slave stay when the crown prince runaway. Still the politicians have a huge power to decieve the society." Aku tergelak sinis pada hujung ayat. 

"And then they erase our name from the book to make a better plot. Orang dalam istana jadi pembelot dan rakyat bersatu untuk menggulingkan dia dari menduduki takhta. Klise."

Alpa. Aku mahu dia terleka mendengar setiap patah perkataan yang meniti di bibir aku agar dia lupa akan kewujudan sekeliling. Aku ingin dia hanyut dalam cerita aku supaya dia tersilap langkah menggerakkan buah caturnya sekaligus memudahkan rancangan aku. 

Mata aku pejam seketika. "You know, Ezekiel. I really want you to die. But where's the fun in that?

"What do you mean?"

"Look up."

Aku tersenyum melihat dia mendongakkan kepala, tercari-cari di mana keberadaan aku. "I'm on the highest building in front of you."

Dia terus kaku. Statik berdiri di situ dengan kepala yang masih menatap ke arah lain. Sesaat kemudian, dengan gerak perlahan, barulah dia mengangkat kepala lalu pandangannya terhenti pada aku.

"Checkmate."

ZZAP! Tajam bunyi peluru itu melawan rintangan udara dalam gerakkan yang sangat laju sebelum PRANG! Tingkap pejabat Ezekiel pecah diretakkan oleh sebiji peluru yang akhirnya berjaya merodok kulit lelaki tersebut. 

Bunyi jeritan demi jeritan kedengaran dari bawah bertindihan antara satu sama lain tapi aku tidak endahkan mereka. Sepasang mata ruby aku tajam merenung tubuh tinggi lampai Ezekiel yang sudah jatuh ke atas lantai. 

"We're cursed to live for 1000 years and I am honored to be the second curse of your life."

TO BE CONTINUED..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

FAIRYTALE | 1 |