FAIRYTALE | 1 |



He's a fairytale. Dari utara hingga ke selatan, semua orang mengenali dia. Walaupun dia hanya kisah dongeng, ramai yang minat padanya. Sehinggakan ada yang taksub berharap agar dapat memilikinya. 

Tapi dia hanya fairytale, bukan? Lalu mengapa mereka masih berharap? Sedangkan aku yang pernah bertemu dengannya terus diam membisu menikmati sepinya rahsia masa silam. 

Aku, Aurora. Juga merupakan suatu kewujudan yang dianggap misteri. Dianggap keji kerana membunuh dia. Padahal lelaki itu lah yang menikam aku dengan pisau pengkhianatannya.  

Kulit buku yang bertulis Ezekiel itu aku pandang tajam dan aku cengkam kuat sehingga kuku aku terasa sakit kerana ditekan paksa pada kulitnya kerasnya. 

"Kau khianat aku, Ezekiel. Tapi kau yang dijulang walhal kenyataannya aku yang selamatkan Attic seorang diri lepas kau lari tinggalkan aku," aku berbisik kasar pada bayu. 

Orang kata aku indifferent namun setiap kali kisah ini dipetik aku pasti akan beremosi. Kerana dendam aku pada dia masih bernyawa meskipun badan ini hampir mati. 

"Aku tahu kau masih hidup." Hujung bibir aku mengherot tajam. "Aku akan pastikan kau hidup terseksa sebelum 1000 tahun aku tamat."

---

Kring!

Loceng yang tergantung pada bahagian atas bingkai pintu kafe berbunyi apabila pintunya aku tolak. Langkah terus diatur ke arah hujung kafe di mana seorang lelaki sedang duduk bersilang kaki sambil membaca buku. Duduk dilabuhkan berhadapan dengannya. 

"It's actually took you 950 years to found me."

"I still have 20 years left. You'll be dead one year earlier than me. Itupun kalau kau selamat dari aku."

Ezekiel meletakkan bukunya di atas meja. Cermin mata dibetulkan. "Sounds like you still hold a grudge towards me."

"Everyone will hate someone who leave them suffering alone in the dark. Aku dah hulur tangan, merayu supaya kau stay tapi kau tetap lari tinggalkan Attic demi cinta bodoh kau."

Ezekiel tersenyum senget. "Have you ever tried to get out from the dark though, Aurora?"

Nafas aku sesak. Bukan kerana jatuh pada dia sebaliknya tersungkur di atas api amarah. Terasa seolah seluruh tubuh aku ingin sekali bangun dari duduk dan menerkam dia. Bayangan dia hilang nyawa kini tertayang jelas dalam imaginasi. 

Sungguh, aku mahu dia mati!

"I wonder what you're thinking about that everyone starts looking at you. It's so obvious that your aura is too strong." Dia tertawa halus. 

Mendengar ucapannya,aku lantas cuba menenangkan diri. Tidak mahu menarik perhatian orang ramai lagi. Dalam diam itu aku perhatikan perubahan Ezekiel. 

Berbeza daripada dahulu,sekarang dia kelihatan tenang. Seperti tiada masalah hidup. Personaliti kami bagai berganti. Kini aku pula yang penuh dengan aura negatif. 

Dulunya dia seorang yang sangat pemarah. Penuh dengan emosi,semangat untuk menyelamatkan Attic daripada cengkaman musuh. Entah apa yang dia lalui sehingga membawa kepada perubahan ini. 

"I look the same, right?"

Soalannya aku abaikan dengan mencampak pandangan ke arah lain. Tangan dikepal kuat. Rasa sakit hati melihat ketenangannya. Benar, penampilannya masih sama. 

Sepasang mata biru yang tajam seakan dia tahu semua rahsia itu masih mendatangkan rasa takut pada diri aku. Dan sesaat kemudian spontan senyuman sinis aku terukir. 

"How was it, watching your lover dying in front of you? Dia mati masa umur kau berapa? Aku tertanya berapa lama agaknya kau hidup tanpa dia."

Lelaki itu diam tidak menjawab. Hanya merenung aku sedalamnya seperti sedang membaca segala isi hati dan fikiranku. "Kenapa kau berdendam sangat dengan aku?"

Tawa sinis aku terlepas. "That's such a good question, your highness Ezekiel, the crown prince of Attic."

Riak wajahnya tidak berubah dengan gelaran aku. Masih tenang, buatkan aku bertambah berang. 

"You're the crown prince. Sepatutnya kau yang jadi pemerintah tapi kau lari. Kau tak tahu macam mana susahnya aku nak dapatkan takhta tu untuk bantu rakyat yang terseksa."

"I'm sorry."

Ucapan maafnya aku tidak endahkan. "Awalnya aku percaya yang kau akan datang balik, but I'm wrong. Now look, aku yang berusaha cari kau when you're here sitting and the first words you said to me sounds like you've waited for me to come."

Kali ini Ezekiel diam. Aku mengetap bibir yang bergetar. "I shouldn't tell you about my life. Sebab kau pun tak pernah datang untuk ambil tahu."

"Attic dah tiada, Aurora. Move on. Sekarang negara baharu dah dibangunkan di atas-"

"Tapak yang aku perjuangkan. Kalau bukan sebab aku, negara yang aman ni tak akan wujud lah, Ezekiel," suara aku tertahan. "Dan bila aku baca buku tentang kemerdekaan Attic, semuanya puji kau."

"Because they didn't know the real story "

Aku tidak hiraukan dia. "Aku pula direndah-rendahkan. Can't you see that, Ezekiel? Macam mana aku survive hidup dalam kebencian orang dari dulu sampai sekarang, even you didn't know about that."

Air liur aku telan kelat. "They thought I kill you to conquer Attic just because I'm a slave. And then I tortured all the people sampailah kau yang kononnya belum mati muncul semula jadi hero. How absurd."

Wajah Ezekiel akhirnya berubah. Ada riak serba salah dan simpati yang ditayangkannya. Aku boleh lihat sekali betapa serabut serta rapuhnya dia pada jiwanya. 

Walau cuma sesaat air mukanya bertukar, aku sudah mampu mengetahui perasaan yang dipendamnya. Kerana dia masih Ezekiel yang membesar bersama-sama dengan aku. 

Ezekiel yang bodoh dan terlalu ikutkan perasaan. Sedang aku pula orang yang selalu berdiri di belakang untuk menolak dia terus maju ke hadapan sehingga wujudnya seorang Ezekiel yang layak dijadikan putera mahkota. 

Tidak sangka aku yang di belakang itu akan dia tinggalkan, menggalas beban yang hampir mengubur aku di dalam gelapnya penyeksaan di sebalik tanggungjawab sebagai pejuang. 

"I will kill you, your highness. Kali ini aku akan bunuh kau betul-betul biar fantasi yang diorang reka itu jadi kisah benar."

Dia tersenyum nipis. "If that's for the better. I'm willing to die in your hand, the ruby eyes."

Untuk itu,aku tersenyum lebar. 

TO BE CONTINUED..


 













Comments

  1. Mantap. Plot twist memang menjadi ahh, fuhh! Tak sabor for the next chapter!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,macihh bacaa ( ´༎ຶㅂ༎ຶ`)

      Delete
  2. Fuhhh mantapp ah
    (*´∇`*)

    ReplyDelete

Post a Comment