FAIRYTALE | 2 |
ΔINI HANYALAH REKAAN SEMATA. TO BE HONEST, I DON'T WANT TO CREATE THESE BUT I HAVE TO. EXCUSE THE NONSENSE.Δ
MEMORI
"Perlu ke kau pergi jauh semata-mata untuk dapatkan kepercayaan ayahanda kau?" Aku memandang Ezekiel yang sudah selamat duduk di atas kuda jantan berwarna coklat kesayangannya, Isaac.
Mata birunya jatuh menatap aku dengan satu riak yang aku percaya sedang memberitahu aku agar menyokong keputusannya. Keluhan aku lepaskan.
"Don't worry, Aurora. Aku rela ambil risiko ini untuk rakyat, bukan ayahanda. Rasanya kau lebih tahu tentang ekonomi kerajaan sekarang. Kau juga yang selalu merungut risau pasal keadaan rakyat."
"But is there no other way? Ramai yang tak tahu kewujudan Attic. They take us for granted because we produce more gems. Aku takut bila kau berkerjasama dengan mereka cuma akan membuka jalan untuk kita dibelot."
"They wouldn't dare." Dia tersenyum senget sambil melirik pedang bersarung yang tergantung di bahagian pinggangnya. "If Aizeth is the mind of the empire, then I am the sword full of desire. Just as sharp as our gaze."
Aku menjulingkan mata ke atas. "You're too confident," ujar aku membuatkan dia tergelak kecil.
Malangnya, pemergian Ezekiel yang sementara itu ialah permulaan bagi segalanya. Namun aku tersalah tafsir. Bukan kerjasama yang memudahkan pengkhianatan berlaku sebaliknya pemergian putera mahkota itu sendiri.
And it's been a month.
Dari jauh aku melihat daerah Lucid yang riuh-rendah ini dengan bibir acapkali tersenyum geli hati melihat gelagat penduduknya. Pakaian aku serba hitam bersama cloak yang menutupi kepala.
Aku mungkin pemegang title lady tapi pada asalnya aku tetap tergolong dalam kelahiran hamba. Hanya saja kehadiran Ezekiel yang tertarik dengan sepasang mata ruby unik milikku, telah menjadikan aku seorang Lady Aurora.
Aku masih ingat kata-katanya semasa mata kami bertembung. "I want her as my birthday gift. Say no and I'll slit your throat." Padahal ketika itu dia baru berusia 10 tahun.
Dia lah yang bersusah payah untuk mendapatkan title tersebut beranggapan bahawa ia akan menarik aku dari kemelut kebencian. Sayangnya, aku tetap Aurora. Seorang hamba terbuang dari daerah kecil, Realio.
Walaupun Lady ialah title paling akhir pada noble ranking, masih ada yang dengki dan tidak setuju dengan perbuatan Ezekiel mengangkat darjat aku. 12 tahun sudah berlalu sejak itu, tetap ramai yang benci.
Lagipun aku dari Realio, daerah yang penuh dengan penyangak dan pemberontak. Mungkin mereka bersangka bahawa aku ketika ini menyembunyikan pisau di belakang, sedang menunggu masa untuk menyerang.
"Here."
Tersentak. Lantas aku memandang ke sebelah di mana berdirinya seorang lelaki yang bergelar rival kepada Ezekiel oleh semua rakyat dari segenap Attic. Duke Aizeth. Akal kerajaan ini.
"I'm sorry that I can't help you to live a normal life like others. So I bring flower in hopes it would help you feeling better," sekuntum bunga tulip merah dia hulurkan.
Bahu aku jungkit rendah sebelum menyambut hulurannya. "Thank you, I guess. Don't worry about me, I've live this life for 25 years old. I'm alright."
"What a beautiful lie, Lady Aurora."
Aku berdecit. "Why are you even here? Kau sepatutnya ada dekat dengan King Eliyas."
"His majesty gave me permission to patrol as this is my birthplace."
"He's so nice to you."
"What?"
"Nothing."
Telinga aku dapat menangkap bunyi hela nafasnya. "He doesn't hate Ezekiel."
"I know. It's just the way his majesty treat his only heir was unnecessary. What did Ezekiel do to deserve it?"
"I don't know."
"I believe, you know it. Kau pegang banyak rahsia. Mustahil kau tak tahu tentang itu." Mata aku mencerlung merenung Aizeth.
Dia tersenyum senget. "Baiklah. I take that as a compliment."
Aku mendiamkan diri. Sudah malas bercakap dengan dia. Orang ramai yang lalu lalang pun mula melirik ke arah kami, barangkali tertanya-tanya dengan siapakah Duke Aizeth mereka ini berbual. Maklumlah pakaian aku memang bertujuan untuk menghalang mereka daripada mengenali aku.
Tapi tiada siapa yang berani datang menegur kerana dia ialah Duke, pangkat ketiga tertinggi di dalam noble ranking. Cuma berada satu tangga di bawah putera mahkota. Tambahan pula dia ialah orang kepercayaan raja. Di setiap arah ada yang mengawal.
Tugasnya adalah mengumpul semua maklumat dari para Prym yang menaungi beberapa wilayah di bawah empayar Attic kemudian menyampaikannya kepada King Eliyas. Dia seperti orang tengah antara raja dan kami.
Paling penting, dia ialah duke termuda dalam sejarah. Pada usia 20 tahun, dia sudah dipanggil menghadap raja untuk perlantikan sebagai duke. Pastinya kerana dia mempunyai minda yang cerdik. A genius.
"Aren't you afraid, Aurora?"
"Kenapa?" Kening aku berkerut mendengar soalannya.
"Attic terlalu diam."
"Apa maksud kau? Kau nak Attic diancam ke?"
Bibirnya meleret senyum sumbing. Entah kenapa aku rasa gerun melihat senyuman tersebut. "Kau tak tahu, mungkin di dalam hutan yang sepi itu ada yang sedang merangkak di belakang kita."
Jeda. "Atau sedang berada di sisi, sedang menyamar menjadi salah seorang daripada kita walaupun hakikatnya dia ialah binatang berbisa."
"Tell me, Aizeth. Do you know anything?" Mata aku memincing terarah padanya. Sungguh dia berjaya mendatangkan rasa curiga dalam jiwa aku dan ia seolah bergelojak ingin tahu. "Atau kau lah bisa yang ditinggalkan oleh binatang itu?"
"No. Aku cuma nak kau berjaga-jaga."
Aku jadi bertambah tidak tenteram.
"If one day Attic were to collapse, what will you do?" Pertanyaannya menyesakkan fikiran aku dengan tanda soal. Terasa bagai ada sesuatu yang mengasak sehingga menyukarkan aku berfikiran rasional. "Would you die for this kingdom?"
Tubuh aku alihkan menghadap dia. "You scared me."
"Answer me."
"Of course," jawab aku yakin. "Aku tahu kau fikir aku akan biarkan Attic musnah tapi tak. I don't care about their hatred towards me. Look-" jari telunjuk aku naik menuding ke arah keluarga kecil yang sedang bergelak-tawa- "they live happily and that's enough for me."
Nafas aku tarik panjang. "Kau sanggup ke biarkan mereka terkapai-kapai sedangkan kita mampu selamatkan?"
Dia mengangguk-angguk. Tangan disilangkan di dada,nampak seperti bangga dengan kata-kata aku. "I approve your speech."
"You know you're a piece of garbage, right?"
"You're being offensive."
Aku tidak endahkan kewujudannya dan terus melangkah pergi dari situ.
TO BE CONTINUED..
Sedikit penjelasan,setiap kerajaan termasuk Attic di bawahnya ada beberapa buah wilayah dan wujud pula beberapa buah daerah di dalamnya. Terima kasih. Maaf atas segala kekurangan dan kemengarutan.
Woahhhh ia menjadi semakin rumit. Hahahahah best !
ReplyDeleteThank youu (◕ᴗ◕✿)
Delete